setelah memasukki alam pengajian di kolej
sudah tentu aku mendapat sahabat baru
malah dalam jumlah yang sangat ramai
aku bersyukur kerana diterima dengan senang dalam kalangan pelajar dan pensyarah di sana
gembira dan bahagia akhirnya aku dapat sahabat baru
memang aku sudah menetapkan niat iaitu apabila berkawan hanya setakat berkawan
niatku ikhlas ingin berkawan tanpa mengira rupa paras
setelah beberapa minggu di sana
aku juga telah mendapat teman
ada yang rapat kerana kerja
ada yang rapat hanya untuk mengambil kesempatan
ada yang rapat hanya untuk mencuba nasib
ada yang rapat kerana ikhlas ingin berkawan dengan aku
kekasih
bukan sekali aku menjalinkan hubungan atas dasar sayang dan cinta
adakah aku cinta?
atau aku sendiri sudah salah tafsir tentang cinta
atau memang sudah bukan jodoh aku dengan si dia
aku memang sudah tidak memikirkan soal hati
kerana penghujungnya tetap sama
aku penat tapi aku tak pernah putus asa
buat masa sekarang aku memulakan sesuatu hubungan yang tak pasti
aku tahu kesan-kesannya tapi aku sentiasa mencuba
si dia kenalan lamaku
aku tidak menaruh harapan yang tinggi
walau aku tahu aku juga pernah menyukainya
bukan salah aku
aku tahu soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa
ia hadir tanpa aku sedar
aku tak tahu sejak bila lagi aku punya perasaan itu
tapi aku menghormatinya
oleh itu, perasaan itu hanya aku sahaja yang ada
andai dia sudah ada yang mengisi hatinya
akan aku undurkan diriku demi kebahagiaannya.
kerana aku tidak layak untuknya
aku sentiasa menyokongnya dari belakang
buat sahabat, teman dan kekasih
andai aku ada melakukan kesalahan
aku memohon maaf
aku hanya insan biasa
yang tidak lari dari melakukan kesalahan
p/s: AKU AKAN BERCUTI TIDAK LAMA LAGI
AKU INGIN MENENANGKAN DIRI
MUNGKIN AKU AKAN PULANG KE PULAU PINANG
KAMPUNG HALAMAN KU
jaga diri wahai sahabat,teman dan kekasih yang aku sayangi <3
![]() |
| kekasih |
![]() |
| sahabat dan teman |


belon mai mano banyok2 tuh?hahahaha
ReplyDeletecilokk2...huhuhu
ReplyDelete